 | Category: | Books | | Genre: | Mystery & Thrillers | | Author: | Ramlee Awang Mursyid |
"..biar betapa jauh,hatiku sentiasa disisimu.."
Novel ini sangat menarik. Sebuah kisah latar hidup seorang Samurai yang hilang identiti dirinya. Dia anak Malaysia..Namun, menjadi Samurai ternama di jepun...
Secara ringkas, Ryu-watenabe merasakan dirinya tidak dirahmati oleh Tuhan kerana dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang kehidupannya tidak pernah tenteram lalu dia membawa diri ke Jepun. Di sana dia menyertai satu kumpulan yakuza dan akhirnya menjadi seorg samurai yg amat mahir dan tangkas bermain pedang. Jenayah adalah permainannya dan penamat permainan itu adalah mati.
Dia jatuh hati dengan Noriko. Samurai wanita yang berani. Percintaan tragis di antara Ryu Watanabe dan Noriko bermula. Ryu Watanabe dan Noriko merupakan ahli Yakuza Amikie yang berpusat di Harajuku dan terpaksa berdepan dengan musuh mereka yang paling ketat, Yakuza Jiro yang berpusat di Shinjuku untuk mengembangkan kuasa pengaruh mereka di wilayah-wilayah dalam bandaraya Tokyo.
Yakuza Amikie tewas di tangan Yakuza Jiro di mana semua ahli penting Amikie terbunuh dan ini menyebabkan salah seorang anggotanya yang terselamat , berjuang kembali untuk mengembalikan maruah Amikie. Di Malaysia, Sabrina tertarik untuk menjejak cinta Ryu Watanabe dan Noriko dan bersetuju mengikut Murni, sepupunya ke Tokyo tanpa menyedari yang dia sebenarnya terdedah kepada bahaya.
Tou Aii atau Pedang Cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. cinta tidak selalunya indah, ia kadang kala berkalang noda..... 
| |
|