Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

.:: NurtaQwa08 ::.

Home::: Kasih sayang kunci perpaduan ummah :::Jan 29, 2006

ReviewReviewReviewFeb 8, '07 10:13 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Rnysa
Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum...Bagi saya, novel ini punya sweet value yang tersendiri. Bagaimana menyesuaikan diri setara dengan dirinya..Ia sebuah perjalanan hidup dan pengalaman seorang gadis bernama Nurul Akasyah...Dari seorang gadis biasa menjadi seorang gadis yang kuat, kuat hati dan jiwa. Nilai2 islamic, nilai2 muslimah..nilai2 cinta yang terbina atas garisan syarak, rasa hati tidak pernah menipunya...dalam diam,dia begitu setia..

"dalam novel,ana rasa ada roh.." [Nuri_Bird]
alhamdulillah,saya rasa blehla tahan..walaupun ia hanyalah semata-mata kisah cinta yang menghiasi pergelutan hati antara mereka, saya lebih suka untuk menghayati budaya dan corak hidup yang dilalui oleh mereka di Tokyo,Jepun.."Bagaikan bunga-bunga sakura yang gugur,lalu berdesir mewangi.."
erm.Nurul akasyah adakala berfikir sesuatu yang kritis..tapi betullah,kata seorang sahabat,atas setiap jawapan perempuan mahukan penjelasan....
wallahuwa'lam..


ReviewReviewReviewFeb 8, '07 9:56 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Romance
Author:Habiburrahman El Shirazy
Novel ini mengisahkan perjalanan hidup seorang pelajar bernama Fahri yang hidup dan belajar di Al Azhar, Mesir. Bagaimana ketegasan pendirian hidupnya dalam menjiwai dan memahami islam telah membuatkan tiga jiwa berubah. Segala susah payah yang di lalui oleh watak Fahri dan teman-teman serumahnya adalah satu pengalaman yang menarik untuk di nilai dari sisi pandangan hidup seorang muslim. Dan cara-cara berhubungan antara seorang lelaki dan perempuan, dalam konteks zaman sekarang. Cinta dan kasih sayang yang berlandaskan keimanan dan jihad. Juga kisah cinta yang menagih penderitaan dan pengorbanan. Ia sebuah novel pembangun jiwa, bagi saya..ia miliki epik yang tersendiri.

Novel ini sangat mendapat tempat di hati kawan2 saya..Mungkin someone yang saya tsiqah, juga mengenengahkan buku ini untuk dijadikan model islamic novel..tapi pada saya, novel karangannya sendiri " Seindah Mawar Berduri" dan "Kau Untukku"..[akan datang, Halaqah Cinta ] ...lebih konsisten dan tepat untuk dijadikan sample.Betapa cinta suatu keperluan tetapi harus di letak di atas cinta Allah...Insya-Allah....


ReviewReviewReviewReviewReviewOct 16, '06 9:53 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Mursyid
Cerita Bagaikan Puteri, Olahan fakta sejarah sangat berkesan. Bagi saya, novel ini miliki roh islamic yang agak unik. Kisah laksamana Sunan seorang pemuda sufi yang hebat ilmu persilatannya, miliki keimanan yang tinggi, anak murid seorang wali sufi. Dia tenggelam dalam lautan cintanya pada Tuhan sehingga tidak ada yang mampu menggugah ketenangannya....meskipun musuh yang bertuhankan syaitan dan iblis...namanya meniti dari zaman ke zaman. Dia pemuda yang taat kepada Allah.

Laksaman Sunan yang hidup sezaman dengan Hang Tuah. Bila saya baca cerita ni, seakan-akan yakin, sejarah tertinggal satu fakta penting mengenai Laksamana Sunan. Wataknya sangat alim, tenang, berbudi dan miliki keyakinan yang tinggi kepada Tuhan....Sehingga kini, saya terfikir ..adakah Laksamana Sunan benar-benar wujud di dunia ini ? pengolahan wataknya yang hidup sezaman dengan hang tuah, seakan-akan dia benar2 wujud di alam maya ini.....

Bagi saya cerita ini tidak habis disitu...tentu ada kesinambungannya....Pemuda sufi yang melakar sejarah dengan keasyikan percintaan dengan Tuhan...

"..Awan, kalau dapat ku capai,maka saktilah Hamba.."


ReviewReviewReviewReviewReviewOct 16, '06 9:36 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Mystery & Thrillers
Author:Ramlee Awang Mursyid
"..biar betapa jauh,hatiku sentiasa disisimu.."

Novel ini sangat menarik. Sebuah kisah latar hidup seorang Samurai yang hilang identiti dirinya. Dia anak Malaysia..Namun, menjadi Samurai ternama di jepun...

Secara ringkas, Ryu-watenabe merasakan dirinya tidak dirahmati oleh Tuhan kerana dilahirkan di penjara dan membesar di rumah kebajikan. Sepanjang kehidupannya tidak pernah tenteram lalu dia membawa diri ke Jepun. Di sana dia menyertai satu kumpulan yakuza dan akhirnya menjadi seorg samurai yg amat mahir dan tangkas bermain pedang. Jenayah adalah permainannya dan penamat permainan itu adalah mati.

Dia jatuh hati dengan Noriko. Samurai wanita yang berani. Percintaan tragis di antara Ryu Watanabe dan Noriko bermula. Ryu Watanabe dan Noriko merupakan ahli Yakuza Amikie yang berpusat di Harajuku dan terpaksa berdepan dengan musuh mereka yang paling ketat, Yakuza Jiro yang berpusat di Shinjuku untuk mengembangkan kuasa pengaruh mereka di wilayah-wilayah dalam bandaraya Tokyo.

Yakuza Amikie tewas di tangan Yakuza Jiro di mana semua ahli penting Amikie terbunuh dan ini menyebabkan salah seorang anggotanya yang terselamat , berjuang kembali untuk mengembalikan maruah Amikie. Di Malaysia, Sabrina tertarik untuk menjejak cinta Ryu Watanabe dan Noriko dan bersetuju mengikut Murni, sepupunya ke Tokyo tanpa menyedari yang dia sebenarnya terdedah kepada bahaya.

Tou Aii atau Pedang Cinta menjadi saksi pertumpahan darah itu berlaku. cinta tidak selalunya indah, ia kadang kala berkalang noda.....


ReviewReviewReviewReviewAug 28, '06 10:59 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Emine Senlikoglu
Ia sebuah novel perbandingan agama antara islam, kristian dan athies. Menceritakan tentang seorang gadis kristian, Maria mengharungi liku-liku kehidupan sebagai seorang anak kepada ibu yang fanatik dengan mazhab khatolik dan ayah yang berfahanman Aties. Namun kehendak Allah mengatasi segala-galanya. Maria memilih Islam sebagai pegangan hidup setelah mengalami episod pergelutan tiga penjuru agama. Maria mengenali seorang pemuda mesir bernama Abdul Wahab yang belajar di universiti yang sama dengannya di sepanyol.Dari perkenalan itu, Abdul Wahab berjaya menariknya ke jalan Allah, akhirnya memilih Maria sebagai calon isteri selepas kematian tunangnya, Salwa. Juga setelah Maria kecundang dalam alam percintaannya dengan pemuda Turki bernama Muhammad.
"Pergilah kau. Kahwinilah dia...Usahlah kau bimbang tentang aku. Duniaku masih belum lagi berakhir walaupun kita terpaksa berpisah buat selama-lamanya. Suatu waktu nanti keperitan ini akan berakhir jua, Insya-Allah."
kisah ini sangat menarik. Syaksiah Abdul Wahab dan kata-katanya bersahaja namun penuh dengan nilai tarbiah. Walaupun dirinya bukanlah sempurna, namun dia banyak merungkaikan kekalutan dalam jiwa maria. Islam first, then love will comes later...tapi bagi saya, bukanlah itu pointnya. yang paling penting, Athies adalah suatu kuasa fahaman yang sangat senang untuk diterima dalam dunia moden hari ini. Apabila rasional mengatasi batasan syarak, manusia pun bercelaru untuk menerima kewujudan Tuhan.. Orang2 kristian, buddha, hindu dan penganut agama2 lain, jauh lebih baik dari orang2 athies. Kerana Athies menolak kewujudan Tuhan..sesuatu yang bercanggah dengan fitrah manusia..


ReviewReviewReviewReviewAug 28, '06 10:52 PM
for everyone
Category:Books
Genre: History
Author:Emine Senlikoglu
Bismillahirahmanirahim. Buku ini saya baca lewat 2minggu lepas. milik seorang junior [thanks to Mardhi]. Ia sebuah kisah pergelutan akidah antara islam dan athies. Pengaruh komunisme yang meresap menjadikan penganut agama islam dianggap sebagai fasis-fasis yang berfahaman kiri dan pembelot negara. Sebuah keluarga yang saling berkasih sayang dan bahagia. " hanya persamaan akidah yang akan membenarkan kita duduk bersama".. Akhirnya, ayah qan ditembak mati kerana mempertahankan akidah islam.keluarga qan dibunuh dengan kejam.
Bagi saya, novel ini sangat istimewa. Ia mampu membuatkan kita menangis, tertawa..suspen.yang paling penting,ia membawa kita merasai penderitaan banduan di penjara cina. Mereka adalah orang2 turki yang bangga dengan bangsa mereka namun akhirnya rebah tersungkur di kaki komunis. Selama 3 tahun 8 bulan qan di tahan di penjara bawah tanah, mendengar titisan-titisan air yang tidak henti untuk menjadikannya manusia yang hilang waras.....
Sedikit profile mengenai penulis :
Aminah Syenlikoglu, penulis terkemuka Turki dilahirkan pada tahun 1953 di Bandar Istanbul. Beliau sempat melalui zaman-zaman perubahan Turki. Menjadi pengarah umum Majalah Mektup dari tahun 1985. Bergiat cergas dalam kegiatan Islam dan Kesusateraan Antarabangsa. Beliau banyak menghasilkan karya-karya bermutu dan di penjara beberapa kali kerana karya-karyanya. Dahulu Menuntut di Universiti Al-Azhar Fakulti Usuluddin.


Blog EntryJun 28, '06 10:40 AM
for everyone

Kami sedari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kezaliman yang akan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh redha Ilahi
Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya
Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati untuk hanya Redha Ilahi
Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan
Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati untuk jumpa wajah Ilahi Rabbi
Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan
Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi dakwah ini, jalan panjang
Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi



Blog EntryJun 28, '06 10:23 AM
for everyone

So many questions deep inside my heart..love has a meaning..when you are here with me..

To MySister,

Masa depan yang masih panjang. Dan perjalanan yang kian sukar.Semenjak kini, berjauhan mengajarkan kita erti kasih sayang fillah. Ianya tidak akan luput ditelan usia alam. Sejauhmana bumi kita jelajahi, sampai masanya, kita harus kembali ke langkah pertama kita bermula. Kerana disitulah dunia kita. Halaman ayah bonda. Patutlah ayah selalu kata, adik-beradik kena sayang-menyayangi, walau apa keadaan sekalipun, kena bela nasib adik2.Susah-senang biarlah bersama..rupanya, talian kekeluargaan yang Allah anugerahkan terlalu unik dan mahal harganya. Tak mungkin ia diganti dan dijual-beli. Allah kasih pada anak2 yang mentaati ibubapanya..Bahkan Allah kasih pada hambaNya yang saling berkasih sayang keranaNya.Kerana itulah hikmah diciptakan Kasih sayang. Agar darinya lahir keharmonian dan kebahagiaan.

 

The Step..



ReviewReviewJun 25, '06 11:28 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Science Fiction & Fantasy
Author:Ahmad Patria
"..Rahsia yang sudah diberitahu bukan Rahsia lagi.."
Di dalam dunia Aurora, keseimbangan adalah segala-galanya...
Rizal seorang remaja yang menjalani kehidupan biasa telah dijemput ke dunia Aurora, untuk menjalankan tanggungjawab yang tidak pernah difikirkannya. Kedatangannya ke dunia Aurora disambut oleh puak Armorikus yang diketuai oleh Atinius dan dibantu oleh seorang karman yang bernama Nazril. Daripada Atinius, Rizal tidak lagi dikenali sebagai Rizal tetapi sebagai Artakus, satu nama yang amat disanjung dan dinanti-nantikan oleh Armorikus. [Artakus.net]

Buku ini dipinjam dari seorang sahabat. 2,3 kali nurtaqwa baca, memang tak mampu memahami rentetan cerita ini. Imaginasi Ahmad Patria, cukup tinggi mengenai dunia Aurora. Cerita ini sambungan dari siri-siri Saga Artakusiad. Okey.ana tak boleh komen panjang sebab hanya ini yang ana faham.. =) Ia memang menarik walaupun sukar utk difahami..
"..Untuk menjadi Artakus, hati mesti cekal..jiwa mesti kental.."


ReviewReviewReviewReviewJun 25, '06 10:04 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Religion & Spirituality
Author:Zaid Akhtar
Kisah seorang pemuda bernama Afham, memilih Istanbul untuk melanjutkan pengajian kerana cintanya pada sejarah dan buminya. Berjuang dengan caranya sendiri menyebar Islam dan lughah syurga di bumi yang dilanda penjajahan minda dari kuffar dan tekanan dalaman dari Yahudi Dumnah yang bertopengkan Islam. Keinginan untuk mencapai cita-citanya dan menegakkan kalimah Allah membuatnya mengenepikan rasa halus yang mengetuk ruang hatinya, pada seorang gadis hafizah yang bernama Amal Hayati.
[DuniaBuku]

Novel ini bagi nurtaqwa sarat dengan daya semangat, perjuangan, persoalan perasaan dan kecintaan pada deen. Nurtaqwa tertarik dengan kisah Sultan Muhammad Al-fateh dalam menakluki kota konstantinopel.

“Panji daulah ini di tangan kamu. Laut terbentang luas dihadapanmu. Kamulah yang akan menentukannya, sama ada menang berjuang atau laut itu akan menjadi saksi kesyahidanmu.”
“Dengar sini semua! Sampaikan pesanku ini kepada semua tentera kita! Kita sekarang berada di medan jihad! Lihatlah kapal-kapal musuh di depan sana. Kamu ada dua pilihan, sama ada kamu tawan kapal-kapal byzantin itu ataupun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!” [ Sultan Muhammad Al-Fateh ]

Benar, panglima muda itu merealisasikan sabda Nabi : Sesungguhnya konstantinopel itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.


Blog EntryJun 24, '06 5:48 AM
for everyone

Rencana pendidikan Islam mempunyai tujuan tertentu, langkah-langkah yang jelas, sumber yang terang, bahagian-bahagian yang saling mendukung, dengan sistem beraneka ragam dan ditegakkan atas falsafah yang jelas, digali dari ajaran Islam bukan dari ajaran lainnya.

 

Suasana kebersamaan yang positif, yang dibina oleh jamaah. Hal itu akan membantu setiap anggotanya untuk hidup secara Islam, melalui nasihat, contoh teladan, persamaan perasaan dan tindakan. Manusia menjadi lemah bila menyendiri dan menjadi kuat dengan kesatuan

nya.Kesatuan merupakan kekuatan untuk menegakkan kebaikan dan ketaatan serta merupakan perisai terhadap kejahatan dan maksiat. 

 

Tarbiah suatu perjalanan yang panjang....

[ Imam As-syahid Hassan Al-Banna]



ReviewReviewReviewReviewReviewJun 24, '06 5:21 AM
for everyone
Category:Other
Alhamdulillah..program TOT yang berlangsung 3hari, di akhiri dengan " Doa dan Harapan Untuk Generasi pewaris.." oleh Pakcik ASR. TOT bukan sekadar program latihan bahkan satu amanah untuk sama2 merangka perancangan dan tindakan di institusi masing2. Mahasiswa/wi mukmin penting dalam menggerakkan jentera ummah.. Ana tertarik bila Pakcik MSR kata.." Dalam apa jua usaha, keikhlasan tidak boleh melebihi batasan syarak.."..Dalam rangka kita usaha membina diri kita dan sahabat2..dan menjaga hati dari terkena penyakit2 yang lahir,natijah dari 'ikhlas' yang tidak bertempat sehingga melanggar batasan syar'ie. 'Ikhlas' yang Pakcik maksudkan di sini,ialah..kita berusaha membantu sekadar yang kita mampu sahaja, selebihnya serah pada Allah swt...kerana disamping kita membantu, kita juga harus menjaga diri dan hati kita....Allah tahu kemampuan kita..

Ana teringat Pakcik ASR kata, sasaran TOT adalah generasi muda dan pewaris kerana mereka adalah golongan yang mudah menerima arus perubahan dan bersemangat dalam mencuba sesuatu yang baru..Kelebihan ini wajib dimanfaatkan untuk membawa perubahan kepada islam. Inilah generasi yang Nabi Muhammad Saw sebutkan sebagai.." Halalatan syabab.." ..Orang Muda Menyokongku...Kerana itu, untuk melahirkan generasi pewaris ini, perlu pastikan proses THI berterusan dan berkesinambungan agar usaha itu tidak terputus dipertengahan jalan..


Blog EntryJun 18, '06 5:44 AM
for everyone

Kehidupan penuh dengan harapan dan impian..Warna-warni alam kian indah dengan limpahan kasih sayang dari halaman ayahanda. Keberadaan ayah sentiasa diperlukan. Dia adalah insan pelindung yang gagah dan perkasa dalam dunia seorang anak. Padanya, ada terhias sebuah tauladan. Dia memberikan sepenuh kasih sayang dan kemesraan. Mengajarkan kita cara untuk bergembira dan ketawa. Namun, dia jugalah yang mendidik kita menjadi insan tabah dan kental saatmana kita diuji. Allah sertakan padanya sifat tegas. Dengan ketegasannya, kita lebih berwaspada. Maha suci Allah, menjadikan ‘Ayah’ dari kalangan lelaki, justeru makmurla bumi dengan pimpinannya. Kelebihannya pada akal, ayah selalu bertindak sebagai penyelesai dan pembuka jalan. Memberikan nafas baru pada sebuah harapan dan impian..

 

"..Selamat Hari Bapa..."

Love u



ReviewReviewReviewReviewJun 17, '06 10:58 AM
for everyone
Category:Computers & Electronics
Product Type: Other
Manufacturer:  Islamic Emporium
Ana teringin memiliki satu Quran Digital Book. Memandangkan ia mudah, kecil dan senang untuk dibawa kemana sahaja. Setakat yang ana tinjau2, ini yang terbaik..Ia memuatkan sebuah Al-quran yang lengkap dan translation dalam 3 bahasa [ Inggeris, Perancis dan Arab].

Turut mengandungi :
-koleksi2 hadis, Riyadhu Solihin
-Tafsir Al-Jalalain
-Waktu Solat
-Doa2
Bacaan Quran dari Qari Shaikh Abdul Rahman Al- Sudais, Shaikh Saoud Al-Shuraim dan Shaikh Ali Abdul Rahman al-Hudhaify. Antara kelebihan Digital Book ini, direka bentuk dalam saiz yang kecil bagi memudahkan pengguna.Easy Going.saiz- 108 X 68 X 16mm. Tulisan Al-quran dalam font Uthmani..


ReviewReviewReviewReviewJun 17, '06 10:45 AM
for everyone
Category:Movies
Genre: Independent
Filem ini sebuah filem lama yang pernh ditayangkan di Tv2. Kisah perjuangan Umar Mukhtar dan para pejuang Islam Libya dalam menentang penjajahan Itali keatas Libya. Umar Mukhtar mendapat julukan Singa Padang Pasir kerana kehebatan dan ketangkasannya dalam peperangan meskipun usianya telah pun mencecah 80 tahun pada ketika itu. Beliau amat handal menunggang kuda sehingga menggerunkan pihak Musuh.

Pada tahun 1929, diktator Benito Mussolini terpaksa berdepan dengan suatu siri peperangan yang amat panjang. Selama 20 tahun berlaku penentangan dari pihak tentera Umar Mukhtar. Benito Mussolini, rejim itali yang berusaha membina tamadun itali di Libya. Apabila pihak tentera itali mara setelah kekalahan tentera islam, para tentera islam bersembunyi di balik padang pasir dan merancang strategi. Beberapa siri serangan balas telah dilancarkan. Akibatnya, ramai dari tentera itali yang terkorban. Mereka kekurangan bekalan makanan dan perubatan akibat cuaca yang panas.

Namun, Kekuasaan Allah..Akhirnya Libya jatuh jua ke tangan Itali. Tentera islam mengalami kekalahan yang teruk. Pada ketika itu juga, Umar Mukhtar sedang sakit kerana tua..
Bagi ana, ia sebuah filem dokumentari dan kisah benar tentang perjuangan Umat Islam Libya dalam mempertahankan tanah air mereka dari di jajah. Umar Mukhtar, seorang pejuang hebat yang miliki semangat yang kental...


ReviewReviewReviewJun 16, '06 10:00 PM
for everyone
Category:Computers & Electronics
Product Type: Other
Manufacturer:  Mobile Gear
Bagi ana, Mp3 player ni,agak bagus. RM 350 with less 40%.KBMall.12.12.2005.

Changeable Skins [ Putih, Hitam, Merah ]
Format: MP3/WMA
USB Female Jack
ID3 Tag Display(Lirik dan juga judul)
Playback Sequence Selection
A-B Repeat
High Quality Voice Recording
Multi-language Selection (Portuguese, Japanese, Korean, French, German, Italian, Dutch, Spanish, Simple Chinese, Russian, Traditional Chinese)

Kelemahan pada Mp3 Player ni, seperti pendrive, ia juga mudah terkena virus. While recording, ia akan merakam semua unsur2 bunyi. non-voice alert. so,bila kita rakam suara sejauh beberapa meter, ia akan menangkap bunyi angin,kipas, geseran etc..very particular..hu3. Mp3 ni mengunakan electrical charge. Boleh memuatkan hampir 300 buah lagu with another file. Futhermore, selain Mp3, boleh juga memasukan file MPEG. Muat sehingga 6-7 Mpeg File.


Blog EntryJun 16, '06 9:03 PM
for everyone

Pernah seorang sahabat bertanya.."..apabila kita melihat kemungkaran terang-terangan, perlukah lagi kita bersabar dan menahan marah..?" ..Jawab seorang sahabat lagi.."..Islam ajar kita cara untuk sabar, marah, gembira..sedih dalam konteks yang Allah redha.."

Bagaimana Untuk marah?..ana teringat makcik pernah cerita perihal marah. Apabila sahabat kita melakukan sesuatu yang ditegah oleh Allah swt, bersalahan dengan kehendak syarak, kita perlu marah dengan tindakkannya. Kerana tindakannya itu akan mengundang murka Allah. Tapi, adakah marah dengan cara kita menengkingnya atau meninggikan suara sambil mengeluarkan kata2 yang tidak soleh?...tentulah tidak. Islam mengajar kita untuk sentiasa bersikap tenang dan adil. kemarahan tidak perlu dizahirkan melalui herdikan, cacian dan dengan nada yang tinggi. Cukuplah, kita tidak redha dan tidak suka dengan tindakannya. Berusaha menegurnya dengan baik agar terhindar dirinya dari mengulangi tindakkan sebelumnya. Inilah marah yang dianjurkan oleh Islam..

Marah seorang Muslim berbeza dari marah orang2 biasa. Rasulullah saw sendiri pernah merasa marah. Namun kemarahan Baginda adalah kerana kebenaran, ertinya kerana kebenaranlah baginda melahirkan kemarahannya. Tetapi dengan cara sopan, sesuai dengan doanya iaitu.." Aku pohon kepada Allah akan kalimat kebenaran dikala Aku suka dan Marah.."



Blog EntryJun 16, '06 8:30 PM
for everyone

Alhamdulillah. Semalam, seorang sahabat menceritakan pada ana, satu kisah, mengasihi kerana Allah..

Ada seorang pemuda telah bermusafir dari kampungnya ke kampung yang lain yang mana dia tidak mempunyai sebarang hajat yang menguntungkan selain daripada menziarahi saudaranya yang dikasihi kerana Allah. Allah telah mengutuskan malaikat kepada pemuda tadi yang mana berupa manusia untuk bertanya mengenai tujuan dan hajatnya. Dia telah menerangkan mengenai hajat dan tujuan sebenar dia melawat saudaranya. Setelah mendengar jawapannya yang mana tujuan sebenar dia bermusafir adalah untuk melawat saudaranya kerana begitu mengasihinya kerana Allah bukannya kerana dia mempunyai kepentingan atau tujuan tertentu, maka malaikat memberitahunya bahawa Allah mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya.

Kasih kerana Allah merupakan salah satu daripada cabang iman. Rasullah S.A.W telah memberitahu kita bahawasanya sesiapa yang berkasih sayang kerana Allahkan berada di atas mimbar daripada cahaya pada hari qiamat. Mereka berada bersama anbiya', para syuhada' dalam majlis mereka dan begitu hampir kepada Allah. Kata seorang sahabat..

" Kasihilah sahabat kita tanpa mengharapkan balasan, Tugas kita adalah untuk mengasihinya. Bila kita kasihkan seseorang, kita juga berharap, semoga Allah akan mengasihinya sepertimana Allah mengasihi kita dan kita kasihkannya hanya kerana Allah swt.."

Marilah kita saling berkasih sayang.. Memaafkan kesilapan dan keterlanjuran. Melupakan segala dendam. Saling mengasihilah dengan penuh kebahagiaan bertemankan rahmat dan redha Allah swt...



ReviewReviewReviewReviewJun 16, '06 8:16 PM
for everyone
Category:Music
Genre: Other
Artist:Sami Yusuf
Mengembara, berjalan, melihat dan mentafsir...merenung nasib ummah...Antara Nasyid yang dimuatkan:-

1. Ya Rasulullah
2. Try to not cry
3. Muhammad
4. Make a prayer
5. Eid Song
6. Free
7. We will never submit
8. Munajat
9. Mother
10.Du'a
11.My Ummah
13.Hasbi Rabbi

...Hiburan itu indah sekiranya ia tidak melalaikan....


Blog EntryJun 5, '06 10:47 AM
for everyone

Dunia kian tenat. Peperangan. Ummat islam makin ditakluki. Lemahkan kita? Sebuah ummah yang Allah swt muliakan dengan Islam. Mengapa hari ini kita cukup terhina?...

Kini, ketika dunia sedang menyaksikan penindasan berterusan ke atas umat Islam dan gerakan Islam, kita mengharapkan Allah melahirkan seorang lagi pemimpin Islam seperti Hassan Al Banna.

Tidak adakah seorang dikalangan umat Islam kini yang mampu mengembalikan maruah Islam setelah dirobek-robek oleh Amerika, Britain, Israel dan sekutu mereka di Palestin, Afghanistan, Iraq, Checnya, Kashmir dan mencetuskan konspirasi dinegara-negara Asia Tenggara seperti yang berlaku pada hari ini seperti di Selatan Thai, Ambon, Indonesia dan sebagainya.

Sudah tibakah masa yang dijanjikan Allah, apabila umat terdahulu diuji lalu berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah akan datangnya pertolongan Allah?" lalu Allah berfirman: " Ketahuilah, pertolongan Allah semakin hampir..."



Pages:123